Content

Follower comel ♥

Sabtu, April 14, 2012

Disebalik kejayaan


kenanganku...konvo Maahad Johor 20008
Di sebalik setiap kejayaan pasti ada pengorbanan.Tanpa pengorbanan pasti tiada perubahan dalam hidup kita. Setiap kejayaan apabila kita amati dari seseorang kita dapat pelajari kesusahan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh beliau untuk sampai ketahap tersebut. Kerja keras dan latihan selama beberapa tahun diperlukan untuk menjadi seorang doktor yang berjaya.Kanak-kanak berjaya belajar berjalan setelah terjatuh beberapa kali. Seorang penari dapat menari setelah melakukan latihan bertahun-tahun. Jika seseorang ahli sukan ingin memiliki pingat emas,beliau hendaklah berlatih sebelum pertandingan diadakan. Begitu juga dengan baju yang kita pakai, ramai orang telah terlibat bekerja keras dalam menghasilkan baju tersebut.


 Contohnya,biji benih perlu ditanam untuk menhasilkan pokok yang dapat menghasilkan benang.Hasil pokok tersebut perlulah diproses dahulu untuk menghasilkan benang.Kemudian barulah terhasilnya kain. Kain tersebut pula perlu dipotong dan dijahit untuk menghasilkan baju.Adakah kita terfikir ketika membeli sehelai baju,berapa ramaikah pekerja,buruh yang telah bersusah payah dalam proses menghasilkan baju tersebut?
Sedarkah kita,proses untuk menghasilkan sehelai baju ini telah memerlukan pengorbanan ramai. Jika kita sedar akan pengorbanan susah payah untuk menghasilkannya,kita pasti akan menghargai apa yang kita miliki.
Begitu jugalah dengan hidup kita,bila manusia sedar betapa berharganya nilai kehidupan dan apakah matlamat utama kita di dunia ini,pasti seseorang itu tidak akan memusnahkan hidupnya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.
Oleh itu, kita setiap kejayaan yang kita akan miliki mesti akan disusuli dugaan dan cabaran..ini kerana kesenangan akan datang selepas kesusahan..Jadi kita perlu tabah dan sabar setiap cabaran dan dugaan itu, walaupun ia pahit untuk dilalui tapi akhirnya kita akan rasa kemanisannya..
Sekadar hiasan..