Content

Follower comel ♥

Ahad, Mei 13, 2012

kesian kat ibu

Semasa saya ingin menulis entri ini, rase sebak sangat,,kerana tiba-tiba teringat pada ibu.

Disini, saya ingin menceritakan sedikit tentang kehidupan keluarga saya..nak mulakakn cerita macam mana ye, macam ini la, ibu bapa saya sudah tidak tinggal di dalam satu rumah lagi. Oleh itu, ibu saya akan menguruskan segala-galanya berkenan denga urusan rumah. Sememangnya ayah tidak akan balik jika tidak ada pape urusan dengan ibu dan kami (anak-anak). Duit rumah, api, air semua emak yang tanggung. Nasib baik la ibu ni pandai cari rezeki sendiri.

Ibula yang bersusah payah memberi kami makan, minum dan mengambil adik-adik sekolah. Duit minyak untuk ambil adik-adik sekolah pun tidak di kisahkan.

Kadang-kadang bila teringat jika macam gitu ayah buat kami anak beranak rasa sedih sangat..itulah yang jadi isu kadang-kadang seperti mana saya sebutkan dalam entri yang lepas jangan hantar kedua orang kita kerumah orang tua kerana anak-anak geram dengan sikap orang tua mereka.

Tetapi, baik buruk pun mereka tetap ibu bapa kita. Tanpa mereka tidak lahir kita di dalam dunia ini. Kembali pada topik, saya terfikir bagaimana jika ibu sakit..saya disini sedang menuntut ilmu..bagaimana dengan keadaan adik-adik,siapa mahu jaga mereka. Bagaimanapun, saya sedih bila terfikir begitu dan saya hanya mampu lakukann agar ibu saya sentiasa sihat dan panjang umur.

Janganla kita buat orang tua kita begini...sayangila mereka sebagaimana mereka menatang minyak yang penuh semasa kita kecil...hayati la video ni..