Content

Follower comel ♥

Ahad, Mei 13, 2012

Balas jasa kedua ibu bapa

Pada waktu ini  aku rase sangat gembira kerana dapat gembira hati ibubapaku..
Tiada hadiah yang terhebat di dalam dunia ini selain melihat kejayaan anak-anak mereka sendiri. Bagi saya itulah adalah sesuatu perkara yang paling menggembirakan hidup mereka. Ia kerana kita telah berjaya membalas jasa mereka setelah mereka telah melakukan banyak pengoraanan dalam hidup. Ayah kita telah memberi didikan dari kecil, ibu pula telah bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Mengapakah kita pula tidak membalas balik jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. (renung-renungkan dan selamat beramal,,saje buat lawak)
Semestinya mereka akan sedih jika kita gagal dalam hidup. Jadi sekarang kita perlu merenung apa la sahaja pengorbanan yang telah kita lakukan..

Kita boleh kata, ibu bapa mampu menjaga anak-anak sampai 10 orang. Tetapi mengapa anak-anak tidak mampu menjaga ibu bapa mereka setelah mereka lanjut usia..yang mereka mapu adalah menghantar kedua ibu bapa kita ke rumah orang tua..

MasyaALLAH..jangan sesekali kita berniat untuk melakukan begitu..sedih rasenye..mereka yang berbuat demikian hanya mementingkan diri mereka dan terlalu memikirkan hal dunia dengan sibuk dengan kerja seharian sampai ibu bapa pun terabai dan kadang-kadang lama tidak menziarah kedua orang tua kita di kamapung halaman.

Oleh itu, saya ingin mengingati kepada anak-anak yang berada di luar sana, satu saya cakap dan tunjuk,empat kembali kepada saya semula..janganla sesekali kiita menghantar mereka ke rumah orang tua. Sebaliknya kita harus menjaga kebajikan makan minum mereka dan memberi kasih sayang kepada mereka. Kadang-kadang mereka (anak) tidak pulang ke kampung tetapi hanya mengirim kan duit sahaja. Bagi saya duit boleh di cari, tapi kasih sayang dan nyawa tidak boleh diganti.


Sebaliknya..janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan kejayaan dalm hidup 


Akhir kata, sayangi la mereka dan ciumla tangan mereka sementara ibu bapa kita masih hidup. Balasla jasa dan pengorbanan yang ibubapa kita dengan kejayaan dan kasih sayang..