Content

Follower comel ♥

Ahad, Mei 13, 2012

Pengorbanan seorang ibu...mengandungkan kita




Ibu..ya ibulah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan bersusah payah membawa kita kemana sahaja ibu kita pergi. Ibu juga berusaha untuk menjaga kita dengan memberi nutrient yang secukupnya yang mana uri menjadi peranatara kepada kita dalam kandungan dengan membekalkan makanan dan oksigen kepada kita semasa dalam kandungan ibu.

Orang yang tidak menghargai ibu mereka umpama kacang lupakan kulit. Janganla kita bercakap kasar dengan mereka kerana itu telah membuatkan kita berdosa dengannya. Oleh itu, kita semua yang hidup sebagai manusia dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi bagi saya, kita boleh memohon maaf semula kepada ibu kita jika kita ada melakukan kesilapan.Jika kita tidak memohon kesilapan atas perkara yang berlaku, ia membuatkan ibu kita bersa kecil hati dan sedih terhadap kita.
Sesungguhnya, ingatlah wahai anak-anak yang berada di luar sana..bahawa  syurga terletak  di bawah tapak kaki ibu...Teringat saya tentang satu kisah satu pernah sahabat rasulullah bertanya, siapakah yang perlu kita hormati selepas Allah dan nabi?? Kemudian baginda menjawab "ibumu". Selepas itu? "ibumu" selepas itu "ibumu" dan kali ke-empat dia bertanya barulah baginda menjawab "ayahmu"... Ya Allah, wahai anak-anak, tinggi sungguh darjat seorang ibu. 
Selain itu, ibu juga telah bersusah payah mengharungi kehidupan semasa mengandungkan kita. Terutama pada waktu ketika ibu kita hendak melahirkan kita. waktu itu ibu kita seolah-olah bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Tiba-tiba saya sedang menulis entri ini, saya teringat ketika ibu saya nak lahirkan adik saya yang kedua, ya Allah risau sangat kdengan keadaan ibu, yang mampu yang saya lakukan adalah mendoakan agar ibu saya selamat melahirkan adik dan adik saya juga selamat.. Akhirnya alhamdulilah mereka semua selamat dan adik saya sihat dan tidak mengalami masaalah apa-apa.
Itulah ingatlah wahai anak-anak, jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa kita kerana amalan dan doa anak solehah akan berpanjangan untuk kedua ibu bapa kita.