Content

Follower comel ♥

Ahad, Mei 13, 2012

Jangan sia-siakan hidup mereka

Jagalah sia-siakan hidup mereka..Tanpa mereka tiadala kita di dunia ini


Artikel ini diambil pada laman:
http://pmi.eng.usm.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=55

Ketika aku membaca artikel dilaman ini..ia membuatkan ku rase sedih dengan apa yang telah di lakukan oleh anak itu yang tidak menghiraukan tentang kebajikan ibunya apabila dia semakin membesar. Dia tidak menghiraukan apa yang akan berlaku kepada ibunya satu hari nanti.

Contohi ibuku

Ini la gambar ibuku
Ibuku menpunyai sifat sabar yang tinggi dalam mengharungi   liku-liku dan cabaran dalam hidupserta bergelar sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Walaupun ibu menghadapi masalah dengan ayah tetapi ibu terus cekal dan sabar dengan apa setiap ujian yang Allah berikan kepadanya.

Sesungguhnya sifat sabar ibu, ingin ku contohi dalam kehidupan ku kerana mana mungkin aku menghadapi situasi lebih kurang sama dengan ibu atau berada di situasi yang lain. Oleh itu, sifat sabar mesti diperlukan untuk tidak menjadi sesuatu perkara itu lebih teruk..

kesian kat ibu

Semasa saya ingin menulis entri ini, rase sebak sangat,,kerana tiba-tiba teringat pada ibu.

Disini, saya ingin menceritakan sedikit tentang kehidupan keluarga saya..nak mulakakn cerita macam mana ye, macam ini la, ibu bapa saya sudah tidak tinggal di dalam satu rumah lagi. Oleh itu, ibu saya akan menguruskan segala-galanya berkenan denga urusan rumah. Sememangnya ayah tidak akan balik jika tidak ada pape urusan dengan ibu dan kami (anak-anak). Duit rumah, api, air semua emak yang tanggung. Nasib baik la ibu ni pandai cari rezeki sendiri.

Balas jasa kedua ibu bapa

Pada waktu ini  aku rase sangat gembira kerana dapat gembira hati ibubapaku..
Tiada hadiah yang terhebat di dalam dunia ini selain melihat kejayaan anak-anak mereka sendiri. Bagi saya itulah adalah sesuatu perkara yang paling menggembirakan hidup mereka. Ia kerana kita telah berjaya membalas jasa mereka setelah mereka telah melakukan banyak pengoraanan dalam hidup. Ayah kita telah memberi didikan dari kecil, ibu pula telah bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Mengapakah kita pula tidak membalas balik jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. (renung-renungkan dan selamat beramal,,saje buat lawak)

Pengorbanan seorang ibu...mengandungkan kita




Ibu..ya ibulah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan bersusah payah membawa kita kemana sahaja ibu kita pergi. Ibu juga berusaha untuk menjaga kita dengan memberi nutrient yang secukupnya yang mana uri menjadi peranatara kepada kita dalam kandungan dengan membekalkan makanan dan oksigen kepada kita semasa dalam kandungan ibu.

Rabu, April 25, 2012

Kejayaan dan pengorbanan


Kenangan bersama emakku semasa Konvo maahad 2008


Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.
Seorang pelajar yang sedang menuntut di universiti. Tidak kiralah pelajar sekolah, kolej, universiti, atau di mana saja tempat kita belajar. Apabila bergelar     seorang penuntut ilmu, ia memerlukan beberapa pengorbanan dalam diri kita.

Pengorbanan DIA kepadaku

Terima kasih kerana banayak memberi sokongan dlm hidupku
Diam tidak diam hubungan aku dengan dia sudah berusia  4tahun. Rase seperti tahun lepas je…Masa berlalu begitu cepat. Aku pada mula tidak dapat menerimanya. Tapi selepas aku mintak petunujk dari ALLAH alhamdulilah..aku dapat jawpannya…

Kasih ibu tiada tandingnya

Saya baca kisah ni daripada seorang teman di facebook daripada Kumpulan ibu-ibu menyusu saudari Surina Mokhtar. Entry yang sangat sedih dan memilukan, saya terasa sangat sebak ketika membaca entry ini..

"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Sabtu, April 14, 2012

Disebalik kejayaan


kenanganku...konvo Maahad Johor 20008
Di sebalik setiap kejayaan pasti ada pengorbanan.Tanpa pengorbanan pasti tiada perubahan dalam hidup kita. Setiap kejayaan apabila kita amati dari seseorang kita dapat pelajari kesusahan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh beliau untuk sampai ketahap tersebut. Kerja keras dan latihan selama beberapa tahun diperlukan untuk menjadi seorang doktor yang berjaya.Kanak-kanak berjaya belajar berjalan setelah terjatuh beberapa kali. Seorang penari dapat menari setelah melakukan latihan bertahun-tahun. Jika seseorang ahli sukan ingin memiliki pingat emas,beliau hendaklah berlatih sebelum pertandingan diadakan. Begitu juga dengan baju yang kita pakai, ramai orang telah terlibat bekerja keras dalam menghasilkan baju tersebut.


Rabu, April 11, 2012

Kehidupan dan Perjuangan perlu seiring

Apakah itu kehidupan? apakah definisi sebenar sebuah kehidupan?
Tanpa merujuk kepada kamus Dewan Bahasa & Pustaka, saya akan tafsirkan sendiri apa yang dimaksudkan dengan kehidupan mengikut pandangan saya sendiri.Tidak semestinya semua orang perlu setuju. Mungkin ada yang membantah.

KEHIDUPAN adalah suatu PERJUANGAN. Dan yang pastinya untuk berjuang mestilah memerlukan PENGORBANAN. Bila bercakap mengenai pengorbanan, banyak lagi perkara yang kita boleh dihuraikan. Pengorbanan dari segi harta, tenaga, masa dan sebagainya.

Bagi diri saya sendiri, pembahagian masa yang sistematik adalah sangat penting bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dijalankan dengan sebaiknya dan dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.