Content

Follower comel ♥

Ahad, Mei 13, 2012

Jangan sia-siakan hidup mereka

Jagalah sia-siakan hidup mereka..Tanpa mereka tiadala kita di dunia ini


Artikel ini diambil pada laman:
http://pmi.eng.usm.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=55

Ketika aku membaca artikel dilaman ini..ia membuatkan ku rase sedih dengan apa yang telah di lakukan oleh anak itu yang tidak menghiraukan tentang kebajikan ibunya apabila dia semakin membesar. Dia tidak menghiraukan apa yang akan berlaku kepada ibunya satu hari nanti.

Contohi ibuku

Ini la gambar ibuku
Ibuku menpunyai sifat sabar yang tinggi dalam mengharungi   liku-liku dan cabaran dalam hidupserta bergelar sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Walaupun ibu menghadapi masalah dengan ayah tetapi ibu terus cekal dan sabar dengan apa setiap ujian yang Allah berikan kepadanya.

Sesungguhnya sifat sabar ibu, ingin ku contohi dalam kehidupan ku kerana mana mungkin aku menghadapi situasi lebih kurang sama dengan ibu atau berada di situasi yang lain. Oleh itu, sifat sabar mesti diperlukan untuk tidak menjadi sesuatu perkara itu lebih teruk..

kesian kat ibu

Semasa saya ingin menulis entri ini, rase sebak sangat,,kerana tiba-tiba teringat pada ibu.

Disini, saya ingin menceritakan sedikit tentang kehidupan keluarga saya..nak mulakakn cerita macam mana ye, macam ini la, ibu bapa saya sudah tidak tinggal di dalam satu rumah lagi. Oleh itu, ibu saya akan menguruskan segala-galanya berkenan denga urusan rumah. Sememangnya ayah tidak akan balik jika tidak ada pape urusan dengan ibu dan kami (anak-anak). Duit rumah, api, air semua emak yang tanggung. Nasib baik la ibu ni pandai cari rezeki sendiri.

Balas jasa kedua ibu bapa

Pada waktu ini  aku rase sangat gembira kerana dapat gembira hati ibubapaku..
Tiada hadiah yang terhebat di dalam dunia ini selain melihat kejayaan anak-anak mereka sendiri. Bagi saya itulah adalah sesuatu perkara yang paling menggembirakan hidup mereka. Ia kerana kita telah berjaya membalas jasa mereka setelah mereka telah melakukan banyak pengoraanan dalam hidup. Ayah kita telah memberi didikan dari kecil, ibu pula telah bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Mengapakah kita pula tidak membalas balik jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. (renung-renungkan dan selamat beramal,,saje buat lawak)

Pengorbanan seorang ibu...mengandungkan kita




Ibu..ya ibulah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan bersusah payah membawa kita kemana sahaja ibu kita pergi. Ibu juga berusaha untuk menjaga kita dengan memberi nutrient yang secukupnya yang mana uri menjadi peranatara kepada kita dalam kandungan dengan membekalkan makanan dan oksigen kepada kita semasa dalam kandungan ibu.